Tuesday, June 4, 2013

Kahwin Lambatlah Aku Gayanya!


Assalamualaikum..
Salam Keceriaan, Salam Keberkatan, Salam Ukhuwah..

 

Sambil baring baring, mata pandang ke luar tingkap. Menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menyusup masuk dari tingkap, menyentuh wajah. Amboih ayat nak sastera saje baq ang oii. Hahaha. Petang-petang camni memang tak tahu lah nak buat apa dah kan. Sambil duk berholek-golek peluk bantal ke kiri dan ke kanan. Tangan pun sebok lah duk online MukaBuku. Tengok lah wall membe-membe. Cuti sekolah ni ramai membe-membe yang nikah kahwin sanding bagai lah kan. Pastuh mula lipat-lipat jari duk kira berapa orang je lagi membe yang tinggal yang masih single macam Ila nih jugak lah kan. Hurmm. Kira punya kira, dah tak sampai sepuluh orang dah pun. So, diri pun berpikir-pikir lah pasal nikah kahwin bagai nih. Then, tetiba jugak lah terasa rajin nak update blog yang dah berhabuk ni. Tak kesah lah tak ada ramai followers pun. Janji hati senang boleh story mory kat sini sensorang tanpa gangguan. 

Pikir punya pikir lah, so muncullah tajuk entry yang kat atas tu haa. Perasaan gatal nak kahwin mula la datang bila tengok gambar-gambar membe yang dah kahwin. So Sweet lah korang! I pun sweet jugak sebenarnye, cuma tak kahwin lagi. Haha. Perasan Kak Ton. Dalam hati duk kalut dah kira bajet campur tambah tolak darab bahagi umur berapa akan kahwin. Almaklumlah. Ila ni kan belajar lagi. So, takkan mungkinlah untuk kahwin dalam masa tengah belajar lagi nih. Jiwa memberontak menggedik menggatal nak kahwin dah. Haiyoo! Sabar sabar. Waktu itu pasti akan tiba. In Shaa Allah.

So, sekarang hanya perlu fokus pada pelajaran. Pastu cari kerja. Cari duit kumpul duit. Kahwin. Yeay! Tapi tak tahu lah tahun bila. Hehe. Setakat ini segala perancangan telah dirancang. Cuma tunggu untuk laksanakannya nanti. In Shaa Allah. Semoga perancangan kami ini adalah perancangan Allah yang terbaik untuk kami juga. Semoga apa yang kami rancangkan akan mendapat keberkatan Allah. Amin


Dalam tengah belajar pun bila balik kampung ke bila pegi majlis kenduri sedara mara, dorang mesti duk tanya tanya "Kamu bila lagi?". Jawapan standard lah kan. Relax dulu lah. Belajar bagi abes dulu. Kumpul duit. Pastuh baru kawen. So, dorang pun redha lah dengan jawapan tu. Haha. Sebelum terlupa. Kat atas ni ada doa untuk cepatkan jodoh. Silalah amalkan bersama. In Shaa Allah berkat. Hehe.

Sekian sahaja entry kali ni. Terima Kasih. Semoga kita semua diberkati selalu. Amin.


No comments: