Monday, April 8, 2013

Kursus Pra-Perkahwinan !


Assalamualaikum Semua..
Salam Keceriaan & Salam Keberkatan..


Kali ni nak update entry berkenaan dengan Kursus Pra-Perkahwinan yang Ila joined sebulan yang lepas. Kursus ni berlangsung pada 16 & 17 Mac 2013 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Ambik awal-awal senang. Tak bosan sebab ada kawan kawan. Lagipun kursus nih diannjurkan oleh pihak universiti. Lagi lah senang tak payah ambik kat luar dah nanti. Bagi individu yang sudah bekerja, Kursus Pra-Perkahwinan nie adalah last step bagi dorang. Tapi bagi pelajar macam Ila nie, Kursus Pra-Perkahwinan nie jadi first step. Haha. Tak apa. Persiapan awal katakan. Ayat gatal. Haa. Tak gatal, tak kahwin lah gamaknya. Haha.

Sebelum nie Ila pernah bagitahu Ma yang Ila nak ambik kursus kahwin, tapi Ma macam keberatan. Katanya awal lagi lah, lambat lagi lah, belajar dulu nanti ambik. Tapi kali nie bila Ila bagitahu yang Ila nak ambik kursus kahwin dengan kawan kawan seuniversiti dan dengan 'dia' sekali. Nie perbualan kami dua beranak melalui telefon.

 Saya : " Ma, hari minggu ni orang ambik kursus kawen". 
(Memang redha dan ready tunggu jawapan tak setuju dari Ma.)

Ma : " Oh. Bagus lah. Ambik dengan sape? Berapa bayar ?"
( Relax jawapan Ma.)

Saya : " Ambik dengan budak rumah pastuh dengan budak budak sekelas. Yuran RM100 ".

Ma : "Ateq tak ambik?"
(Soalan bonus dari Ma. Wow!)

Saya : " Ateq ambik jugak. Dia sekali dengan budak budak rumah dia". 

Ma : " Bagus lah ambik ramai ramai time belajar nie. Alang alang da universiti buat. Takut nanti bila dah kerja susah dah nak ambik cuti untuk pergi kursus kawen tu. Ambik ramai ramai tak rasa bosan sangat".
(Ayat my Mom hokay. Siyez tekejut dengan ayat itu.)


Wow! Terkejut bila dapat jawapan yang amat tidak disangka. Sebelum nie macam macam alasan. Memang Ma betul betul da bersedia dan menerima segalanya dengan redha dan senang hati. Alhamdulillah. 


~Sijil Pra-Perkahwinan Kami~

Semoga sijil kursus pra-perkahwinan ini akan bertukar menjadi Sijil Perkahwinan yang sebenar benar nya dalam tempoh tiga tahun lagi. In Shaa Allah. Semoga perhubungan yang dibina akan terus dibajai dengan sinar bahagia dan keberkatan diiringi restu keluarga. Amin.

Sekian, Wassalam.

No comments: