Monday, April 8, 2013

Befday ke-23 Yang Amat Bermakna !

Assalamualaikum Semua..

Hari ni baru rasa rajin nak update bende alah nih haa. Da lame yang amat tak update. Befday on 12 March, but update sebulan kemudian. Almaklum lah teramat busy dengan assignments, quiz dan test segala bagai. Bila dah balik kampung halaman untuk menghabiskan cuti pertengahan semester nie lah baru rasa kelapangan nak update entry. Tapi tak kelapangan sangat lah sebab time update entry nih pun otak tengah pikir jawapan dan jari laju ke 'Google' untuk search maklumat pasal bussiness sebab time ni tengah sibuk nak jawab 'take home test'. Disebabkan lecturer suruh jawab test kat rumah, pastuh pulak kena submit test tuh dalam bentuk softcopy dan hardcopy selewat lewatnya 15 April, so macam biasa lah banyak main lah kan. Haha. 

Adoolaa ~
Panjang pulak lah membebel kat atas tuh. Berbalik kepada topik atas tu. Birthday yang ke-23 tahun ini amat amat bermakna dalam hidup Ila. Sebab selalunya celebrate dengan family kat kampung. Tahun 2013 nie, Ila dapat celebrate bersama insan tersayang dan housemates. Pertama kali nya celebrate birthday bersama kekasih hati. Hati terasa amat senang dan tenang. Sebab nya sebelum Ila keluar celebrate birthday tu, Ila da terlebih dahulu mintak permission my mom. Ma dengan senang hati membenarkan Ila celebrate birthday dengan 'chenta hati'. Inilah namanya hubungan yang direstui. Nak ke mana pun senang untuk mendapat keizinan. Walaupun dalam diam papa tak tahu pasal keluar keluar dengan pakwe nih. Hehe. Sorry papa.

Birthday tahun ni dapat menenggelamkan segala kenangan pahit birthday yang ke-22 pada tahun lepas. Birthday tahun lepas amat perit dirasakan. Sedih bila mengenangkannya. Tapi tersenyum bila teringat kembali birthday tahun nih. Yeay! Terima kasih 'you' kerana menjadikan birthday ke-23 I tahun ni amat bermakna. 

Kek sponsor dari Mr.Syazree

Segan nak potong kek macam budak budak

Potong. Yeay! 

Kami semua!

Selepas birthday celebration!

10 minit pertama selepas order sampai ke meja.

10 minit kemudian setelah dikerjakan. Haha.



Walaupun tidak sempat untuk membuat persediaan untuk birthday celebration kat rumah bersama family, tapi hadiah tetap dapat jugak dari family. Yeay! Alhamdulillah untuk nikmat kebahagiaan ini. Semoga ianya berkekalan dan berterusan. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan birthday celebration saya yang ke-23. Segalanya begitu bermakna dengan adanya awak di sisi saya. Terima kasih atas restu kawan-kawan dan family terchenta dengan perhubungan kami ini. Semoga segala apa yang berlaku akan terus memberikan sejuta makna dan kebahagiaan buat kita semua. In Shaa Allah. 

Terima kasih si comel semua kerana sudi meluangkan masa untuk baca entry yang entah hape hape nih. Jumpa lagi di next entry.

No comments: