Saturday, July 27, 2013

Kehilangan

Assalamualaikum Semua..
Selamat Petang..
Salam Ramadhan al-Mubarak hari yang ke-18..

Rasa macam da lama tak hupdate entry kat blog nie. So hari nie rasa rajin nak typing. Sebab hati nie terasa kehilangan sangat. Kehilangan..? Hanya insan yang mengalami dan merasai kehilangan sahaja yang faham akan perasaan kehilangan dalam hidup dorang. 

Kisahnya macam nie. Tanggal 20 Jun 2013, anak saudara kesayangan telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham Wan Amirul Asyraf Bin Wan Azuli telah dijemput Ilahi lebih awal dari kami semua. Arwah merupakan anak sulung dari tiga beradik. Rasa terkilan dan sedih masih lagi bersisa di hati oleh kerana tak sempat nak lihat arwah untuk kali terakhir. 

Khamis : 20 Jun 2013

Dapat SMS dari adik kat kampung. Adik bagitahu yang anak saudara koma pukul 4 pagi dan masih belum sedar lagi. Sebelum koma, arwah bangun dari tidur pukul 3 pagi. Then bagitahu parent dia (abang dan kakak ipar Ila) yang dia takut sebab ada pocong kat dalam bilik katanya. So abang pun ajak semua tidur kat lua then abang ribakan arwah sambil baca surah Yassin untuk tenangkan arwah. Lepas abang baca-baca ayat quran semua tu, arwah mula tak sedarkan diri (koma). Then dorang terus bawak ke hospital (emergency). Terus dimasukkan ke ICU. Masa sampai kat ICU tu jantung dan nadi dah tak ada denyutan dah. Tapi atas berkat Allah dan usaha para doctor, arwah masih lagi bernafas walaupun dalam keadaan koma. Doctor sahkan arwah terkena jangkitan virus Leptospirosis (kencing tikus). Ikutkan info yang adik bagitahu, arwah demam dah tiga hari. Da pergi klinik, then doctor kata demam selesema biasa je. Hari pertama demam arwah masih lagi berselera makan dan main-main macam biasa. 

Ok, ni nak cerita part touching sangat. Hari kedua arwah mula tak selera makan. Tidur pun asyik tersedar sebab tak selesa nak bernafas. Hari kedua nie arwah tak pergi sekolah. So ummi arwah tinggalkan arwah bawah jagaan nenek dan my mom kat rumah kami. Hari kedua nie lah arwah mula merapu rapu meracau racau kalau tidur. Dalam sedar pun arwah dah mula bercakap sorang sorang. Hari tu jugak lah arwah tanya nenek "Uteh mana?". Uteh tu panggilan untuk Ila la sebagai mak saudara dia. Pastuh nenek jawab Uteh kat Johor, belajar kat sana. Nenek pun tanya lah balik kenapa. Arwah jawab "Iyu nak tengok Uteh". Bila Uteh balik?". Ya Allah sungguh sebak dan sedih sangat bila teringatkan soalan arwah tu. Lepas tu arwah tanya pulak pasal Che Su (panggilan untuk adik Ila yang bongsu). Pastu tanya lagi pasal Cik Amin (panggilan untuk abang Ila). Semua orang dia tanya sebab katanya nak tengok. 

Sungguh sampai kini terasa terkilan sebab tak dapat tengok arwah di saat arwah nak menatap seluruh ahli keluarga buat kali terakhir. Kali terakhir semua ahli keluarga berkumpul ialah 3 Jun 2013. Masa tu kami semua buat surprise untuk belated birthday Ma. Patut lah malam tu terasa lain sangat. Biasanya kami buat family gathering tak ada lah tangkap tangkap gambar bersama anak-anak saudara semua bagai. Tapi malam tu duk beria tangkap gambar then seronok seronok tengok arwah main bunga api dengan adik-adiknya. Bila tengok balik gambar malam tu. Ya Allah hanya Allah yang tahu perasaan hati ni macam mana. Malam tu lepasa semua kakak dan abang abang balik rumah masing-masing kitorang ada laa tercakap. Seronok malam ni dapat berkumpul semua macam nie. Entah bila la pulak dapat berkumpul semua ada macam nie. Pastu kan suasana terasa sunyi. Masa tu rasa pelik dengan suasana malam tu. Rupanya ada rahsia yang tersembunyi di sebalik malam itu. 

Selepas Ila dapat SMS dari adik tu, terus hati terasa amat tidak tenang. Masa baca SMS tu, airmata automatik dah mengalir laju dah. Terbayang habis semua kenangan bersama. Pastu Ila contact Ma. Ila bagitahu Ila nak balik. Ma tak bagi Ila balik sebab masa tu Ila tengah minggu final exam. Ma takut Ila terganggu. Tapi hati dah tak fikir langsung dah pasal exam. Ila pergi beli tiket, then malam tu akan bertolak balik ke KB. Sepanjang hari tu, kalau bunyi je handphone. Ya Allah rasa macam nak pitam sebab takut terima berita yang tak berapa nak baik. Setiap masa contact family tanya keadaan. Tapi jawapan selalu tak melegakan hati langsung. Tepat Jam 12 tengahari, jantung dan nadi arwah sekali lagi berhenti. Tapi sekali lagi masih diberi kesempatan untuk bernafas. Doctor pun keluarkan statement kalau sekali lagi jantung dan nadi arwah stop, maknyanya memang stop dah. Tiada peluang lagi. Masa tu family kat sana dah redha dengan segala berita yang akan diterima. Tapi Ila kat Johor ni memang tak tenang.

Balik dari beli tiket tu, selesaikan tanggungjawab sebagai orang Islam. Rehat - rehat tenangkan fikiran. Tengah -tengah rehat tu, tetiba handphone bunyi. Akak call. Ya Allah jantung ni kalau bunyi je handphone mula lah macam nak terkeluar je rasanya sebab laju sangat berdegup. Part yang memang tak nak tahu apa keadaannya. Dalam hati berdoa yang akak call ni sebab nak bagitahu arwah dah sedar. Berharap sangat macam tu. Tapi.... akak call bagitahu arwah dah tak ada tepat jam 3.45 petang Khamis.  Ya Allah berita apakah ini..? Betul ke..? Masa tu dah tak dengar dah akak bagitahu apa lagi sebab otak dah blank. Rasa macam tak percaya dengan berita yang baru akak sampaikan tu. Ila sempat bagitahu kawan (Iera) yang ada dalam bilik dengan Ila masa tu pasal anak saudara dah tak ada. Iera pun memang dah agak berita tu sebab tengok reaksi Ila sebelum tu. Ya Allah airmata ni tak payah ceritalah memang non-stop. Then tetiba rasa dunia gelap dan badan rasa ringan sangat. 5 - 10 minit macam tu lah kot. Sedar - sedar je tengok membe membe duk keliling Ila bagai. Otak mula fikir. Apa yang terjadi..? Tetiba dorang bagi air suruh minum bagi tenang sikit. Ila hanya mengikut je. 

Setengah jam lepas tu baru ingat balik apa yang terjadi. So airmata start balik lah kan. Pastu solat asar then sedekahkan apa yang patut. Dengan harapan balik malam tu sempat lah tengok arwah untuk kali terakhir. Tapi abang Ila SMS bagitahu yang dia nak kebumikan arwah malam tu jugak sebab nak selesaikan cepat-cepat. Katanya sedekahkah ayat suci al-Quran untuk arwah sebab tak sempat nak tengok. Pastuh abang pesan suruh redhakan pemergian arwah. Ya Allah hati dah tak tertanggung beban kesedihan. Malam tu masa kat terminal call Ma nak tanya pasal arwah dah selesai dimandikan ke ape ke kan. Adik jawab call then bagitahu yang keadaan tak tentu hala kat rumah sebab adik-adik arwah (Azim & Afif) pulak dimasukkan ke hospital sebab demam. Ya Allah permudahkan segala urusan hamba sekeluarga. Hanya itu yang mampu diucapkan masa tu. Gagahkan diri dengan semua dugaan tu. 

Jumaat : 21 Jun 2013

Sesampai di rumah, tengok keadaan rumah yang sunyi sepi. Langkah masuk rumah, tertengok gambar arwah kat dalam bilik. Ya Allah, perasaan perasaan. Tabahkan hati sebab tak nak orang nampak kesedihan diri. Dapat SMS dari abang bagitahu yang Azim & Afif tak selera makan then asyik panggil panggil nama arwah abang dorang. Lagi la sayu hati ni. Adik adik arwah ditahan dalam wad selama dua minggu lebih jugak lah sebab terkena virus Leptospirosis tu. Tapi alhamdulillah da sihat sekarang ni. Cuma kami memang terasa amat kehilangan sebab arwah membesar depan mata selama 12 tahun. Ila yang jaga arwah, bermain bergurau dengan arwah dari arwah kecil. Ya Allah. Sekarang hanya mampu sedekahkan ayat ayat suci al-Quran dan berdoa agar arwah ditempatkan bersama para solihin dan tenang di sana. Pastinya arwah ahli syurga kerana arwah meninggal di usia yang belum baligh. Uteh redhakan pemergian Iyu. Semoga Iyu tenang di sana sayang Uteh.

Kenangan terakhir bersama arwah semasa family gathering 3 Jun 2013 (arwah paling kanan)



Kenangan Raya Aidil Adha terakhir. (arwah sebelah kiri)


Sekian sahaja luahan hati yang merindui dan merasai sebuah kehilangan..
Terima kasih luangkan masa baca entry nie..  


No comments: