Saturday, February 2, 2013

Restu Seorang Ibu


Assalamualaikum..




Hari ini Ila rasa jari jari ni rajin pulak nak menekan nekan keyboard untuk hupdate entry lagi. So, kali ni pasal Restu Seorang Ibu. Kita semua memang tahu kan restu seorang ibu amat penting dalam setiap apa yang kita lakukan. Especially bila pasal jodoh kita. So, jodoh kita yang kita cari bukan sahaja memerlukan restu dan keberkatan dari Allah s.w.t., tetapi juga memerlukan restu dan berkat dari mak kita. Restu seorang ibu ni la yang membawa berkat. Kerana bila seorang ibu merestui sesuatu yang dilakukan si anak, maka si ibu akan sentiasa mendoakan si anak. Doa seorang ibu adalah doa yang paling mustajab.

Ila ada satu kisah. Kisah ni pasal hubungan cinta Ila yang lepas. Sebelum Ila bercinta dulu, Ma pernah bagitahu Ila yang Ma nak Kelantanese jugak jadi suami Ila. Ini memandangkan Ma tak nak lepaskan Ila jauh jauh laa kot. Hee. So syarat Ma untuk bakal suami Ila masa ni ialah :


1. Beriman. 
(Meant jaga solat, solat tak tinggal lah senang cite kan.)

2. Keturunan baik baik. 
(Dari keluarga and orang baik baik. Bukannya dari keluarga yang entah pape dan tak tahu latarbelakang macam mana kan.)

3. Ekonomi teguh. 
(Kiranya kerja tetap and da tentu lah pendapatan bulanan pun akan stabil kan. Untuk jamin masa depan.)

4. Bertanggungjawab. 
(Boleh jaga Ila, sayang Ila dan bla bla bla.)


Hanya empat ciri ini sahaja yang ma tekankan dulu. Pastuh Ila ada laa berkawan dengan seorang hamba Allah ni. So, kawan punya kawan, then opppsst..! Jatuh Chenta. Hehe. Jatuh Chenta nih pun based on my mom nye terms and rules laa kan. Haha. But ada masalah. Ma Ila tak suka perwatakan si dia ni. Dekat dua tahun Ila pertahankan hubungan kami, last last putus jugak. Bak kata orang la kan, kita sebagai anak ni tak kan lepas dari mak ayah. Kita dibesarkan dari kecik dengan kasih sayang, dijaga makan minum, pakai ape semua. So, tak kan sebab seorang lelaki yang kita baru kenal, kita nak jadi anak derhaka kan. So, Ila redha ikut cakap ma. Mungkin ma Ila ada sebab sendiri yang ma tak dapat nak bagitahu Ila tentang apa yang ma tak suka pasal si dia. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk setiap insan kan. Yakin pada ketentuan.

So, sekarang Ila dengan orang Perak. Dari nak Kelantanese, terus merentas Gerik, Ipoh then sampai lah ke Taiping. Haha. Ila tak kisah lah orang nak kata jauh ke apa ke, janji ma Ila dah restu hubungan kami. Ila tengok reaksi ma pun macam okey je setiap kali Ila cerita pasal ****. Haha. Harapnya hubungan kami ni akan kekal sampai akhirnya. Sebab ma pun dah restu. So, papa pasti akan okey bila ma da okey. Sebab papa Ila ni jenis yang ikut ma kalau hal anak anak. Kakak dan abang abang mungkin agak terkejut sikit lah kot sebab diorang mesti tak yakin yang Ila boleh berpisah jauh dari family. In Shaa Allah semuanya akan okey. Semoga Allah memberkati hubungan Ila dan pasangan sehingga akhirnya. Amin. 

Nasihat Ila, jangan membelakangkan restu mak ayah dalam soal jodoh. Tanpa restu diorang, hidup kita tak berkat. Ingat jasa jasa diorang membesar dan mendidik kita sampai kita di tahap mana sekarang. Cinta tak menjamin apa apa. Sayang mak ayah pada kita tak kan berubah sampai bila bila. Cinta kekasih mungkin akan berubah bila dia dah tak sayang dan tak perlukan kita lagi. Cinta dan kasih sayang Allah dan mak ayah adalah pasti untuk kita. Alhamdulillah sekarang Ila lebih tenang dalam bercinta apabila mendapat restu mem besar. Haha. Terima kasih sangat sangat ma sebab boleh terima dan restu hubungan Teq dengan Ateq sekarang. Semoga restu dan doa ma akan sentiasa ada untuk Teq dan keputusan ma tak berubah sampai kami kawen. In Shaa Allah.

Sekian sahaja untuk entry yang panjang lebar merapu meraban ni. Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca. :)

No comments: