Tuesday, February 21, 2012

Hari yang Mengkelam- Kabutkan

Assalamualaikum..

Hupdate entry laju laju sebab nak story sal hari yang men'down'kan dan kelam kabot.. Shortcut laa erk.. Tanggal 17 Februari 2012, saya bertolak dari Kota Bharu ke Batu Pahat, iaitu pada hari Jumaat malam Sabtu.. 

18 Februari 2012 (Sabtu)..
So, sampai laa kat Batu Pahat nih Sabtu pagi.. So, amek teksi terus gerak ke kolej kediaman.. Da planned baik punya dengan member member dan roomates dulu.. Kononnya datang sesame then daftar kolej sesame gak laa.. Dugaan pertama.. Sampai je kat kolej, member yang da sampai awal dan da siap daftar kolej bagitaw.. 

"Weii..! Kita takleh pilih roomates. Pihak kolej da tetapkan. Dorang arranged ikot nama."

Dengar je ayat camni, mula laa rase nak patah balik ke terminal then beli tiket balik ke Kota Bharu semula.. Memang down gile laa kan.. Da planned baik ngan roomates.. Alih alih nak kena stay dengan roomates baru pulak.. Dalam masa yang sama saya bermonolog sendirik.. 

"Alamak..!!! Ikot nama.. Masak laa camnih.. Da laa nama aku start dengan hurup 'W'.. memang last last laa bilik yang aku dapat.. Entah sapa laa pulak jadik roomates aku.. Huaargggghh..!!"

Memang dalam hotak da tensen tahap hape dah.. Tapi gagahkan jugak g opis kolej, then daftar bilik.. Sampai opis, then bagik member member dulu yang daftar.. Ada sorang member nih siap kena denda lagik sebab bilik dia sem lepas ada sampah.. Haiisshh..! Da laa asingkan kami, pastu kena bayar denda pulak lagik.. Hattoiii yaii..! 

Sampai law turn says nak kena daftar.. So, staff kolej huh cari laa nama kat buku yang ada senarai nama penguin kolej.. Firstly, dia bukak buku yang kaler biru.. Tapi nama saya takde dalam buku tuh.. Time tuh, muka da mula cuak da.. Haha.. Gelabah babe..! Pastu dia bukak pulak buku pink.. Fuhh..! Lega.. Naseb ada nama kat dalam buku pink tuh.. So, tulis laa nombor nset.. 'Orang' tu pon bagik laa kunci.. Da amek kunci, tandatangan.. So, blahh.. 

Da setel daftar.. So,jalan laa pegik cari bilik.. Saya dapat bilik aras bawah.. Fuhh..! Tak suka..! Gelap dan suram suasananya.. Hurmm.. Naseb laa ko zila.. So, da jumpe bilik.. Then, angkut barang barang bawak masuk bilik.. Pastu kemas kemas.. Pastu g amek barang barang yang tumpang letak kat uma kazen dekat Ayer Itam.. Pastu masuk bilik, sambung kemas kemas sampai laa malam.. Malam tuh memang membosankan.. So, pegik laa merayap kat bilik member member.. Pastu, balik bilik semula.. Malam tu jugak saya mintak tolong member temankan saya kat bilik.. Nak tahu kenape..? Bukan sebab takde roomates oukeyh.. Tapi sebab dapat roomates yang macam 'locker'.. Tahu locker..? Yang sombong dan tak bercakap langsung.. Dahsyat kan.. Dia cakap dengan geng geng dia je.. Fuhh..! Dugaan kedua.. So, member laa temankan sampai pagi.. 

19 Februari 2012 (Ahad)..
Bangun seawal yang mungkin, sebab tidur tak berapa lena.. Tak taw laa kenape.. So, tengah hari tuh saya hangout dengan member.. Pegi beli bekalan makanan.. Hehe.. Makan saja yang taw.. Haha.. So, balik laa petang.. So, kemas kemas laa barang barang yang baru beli tu kan.. Da setel kemas, then masuk laa sowang roomates baru.. Budak exMatrix.. So, berkenalan laa.. So, lepas tu wat hal masing masing.. Masing masing jadik locker balik dah.. Haha..

Dugaan ketiga (KRITIKAL)..
Lepas solat Maghrib, datang laa sorang lagi.. Tanya..

E : "Ni bilik 000 kan..?"
A : "Yer..Kenapa?"
E : "Yang kat sini semua 000 ke..?"
A, B, C, Aku : "Yer.. Kenapa..? Awak bilik nombor berapa..?"
E : "Saya bilik ni laa jugak.."
A,B,C,Aku : "Haaa..?" (semua tercengang)..
E : "Ce tengok kunci masing masing.."

Semua pakat amek kunci.. Tapi adik yang exMatrix tu kate..

"saya takde kunci.. Sebab abang yang jaga kat opis tadi kata akan call saya untuk bagi kunci, sebab kunci tak cukup.."

E :"Awak nama ape..?"
A : "Saya Tuan.."
B : "Saya Tengku.."
C : "Saya Syu.."
Aku : "Saya Wan.."

Haa sudah.. Pening dah.. Then, budak exMatrix tu kata..

C : "Takpe laa.. Saya pegi opis.. Tanya.. Mungkin saya yang salah bilik.."
Aku : "Takpe laa.. Saya pun nak pegi tanya jugak.. Mungkin saya yang salah.. Sebab kat sini takde yang nama Wan.."

So, yang lain lain pon senyap jela..

Pegi opis, opis tutup.. Pegi bilik member pulak.. Tanya dia, kononnya dia sebagai saksi laa time saya amek kunci tu dia ada sekali.. Then, dia tengok 'orang' tu bagi kunci kat saya.. Pastu, call laa AJK kolej.. Then, akak tu suruh pegi jumpa dia kat opis, sebab dia ada kunci opis.. Pastu, pegi opis.. Check balik nama kat dalam buku pink.. So, memang laa saya yang tersalah kunci.. 

TAPI, IANYA BUKAN KESALAHAN SAYA.. SEBALIKNYA IA ADALAH KESALAHAN STAFF KOLEJ YANG JULING SEMASA MENGAGIHKAN KUNCI BILIK, SEHINGGA MENYEBABKAN SAYA BERADA DALAM KESUSAHAN.. Setelah terbukti yang saya tersalah kunci, dan 'orang' kolej yang tersalah bagi kunci, saya pon dapat laa kunci yang sebetolnya.. Saya bagitahu AJK kolej yang handle saya time tu.. 

Aku : "Akak, takleh ke kalow budak yang baru sampai tu stay kat bilik saya yang baru.. Then, saya still kat bilik yang lama..? Sebab saya da siap kemas semua barang dah pun.."

Akak : "Takleh.. Sebab ni adalah bilik awak yang betul.. Dan nama awak adalah identiti awak.. Dan awak yang akan bertanggungjawab atas segala kerosakan yang berlaku di dalam bilik tersebut.. " (Dengan tegas dan kasar tanpa pikir perasaan saya mase tu)

So, hape lagik.. Keluar je dari opis, banjir laa kolej nih haa.. Rasa geram, marah, bengang semua ada.. Sedih tayah cerita laa.. Memang terasa lemah semangat.. Bila teringatkan barang barang yang da siap kemas dan tersusun rapi kat bilik tu, lagik laa sakit hati.. Down yang teramat sangat.. Ce korang bayangkan laa.. Keesokannya korang da start kuliah.. Barang barang da siap kemas semua dah.. Tetiba korang kena pindah bilik  time tu jugak.. Memang rasa nak boom je kolej kediaman.. Da laa management camtu, pastu pulak tersalah bagi kunci sehingga menyebabkan kesusahan kepada orang lain.. Sedangkan 'orang' yang tersalah bagi kunci tu senang senang hati je tidur kat rumah.. Masa tu terpikir nak berenti study.. Nak balik kampung je, kawen.. Haha.. Tak matang betul.. Sedih punya pasal.. Member yang teman saya pegi opis, da penat pujuk da.. Hehe.. Sian 'awak' kena pujuk saya..

Da penat membanjirkan kolej, so balik bilik.. Then, member membber datang tolong kemaskan segala yang ada.. Dalam masa tak sampai sejam je, bilik baru da siap dikemas dan barang barang sudah kembali tersusun rapi.. Macam 'copy & paste' pulak.. Haha.. So, pegi bilik lama.. Then, cakap mintak maaf sebab tersalah bilik.. 'Orang' tu tersalah bagi kunci.. Sorry ye semua.. Tata..

So, tiga dugaan di awal semester.. Walau apa pun, terima kasih banyak banyak kepada member member yang memberi sokongan dan tolong kemas dan angkut barang barang dan 'copy & paste' dalam masa kurang dari sejam.. Terima kasih sangat sangat.. Jasa kalian, akan ku kenang.. 

So, roomates baru tidak lagik menjadi 'locker'.. Tetapi menjadi 'wi-fi' kepada saya.. Terima kasih kepada roomates baru yang sudi berkawan dengan saya.. Sekian sahaja cerita yang panjang ini.. Sekadar luahan.. Terima kasih kerana menyinggah dan membaca entry ini.. 

No comments: