Friday, June 10, 2011

Politeknik Ungku Omar


Politeknik Ungku Omar
Megah Terbina Di Lembah Kinta
Di Ipoh Bandaraya
Perak Darul Ridzuan

Menjunjung Wawasan Pertiwi
Mendidik Ilmu Teknologi
Membantu Membangun Industri 
Negara Berdikari

Menyahut Segala Cabaran
Bina Negara Perusahaan
Walaupun Seribu Halangan
Maju Terus Ke Hadapan

Politeknik Ungku Omar
Menjunjung Cita Cita Bangsa
Prinsip Rukun Negara
Menjadi Panduan Kita

Tunjukkan Kepada Dunia
Kita Juga Ada Upaya
Menjadi Bangsa Berjaya
Hidup Bebas dan Merdeka


Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.. Di sini laa tempat aku menimba ilmu pengetahuan dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan) selama tiga tahun.. Di sini laa jugak bermula kehidupan sebagai seorang musafir yang merantau ke negeri lain demi menimba ilmu pengetahuan.. Bermula dari sini laa aku belajar berdikari dengan berjauhan daripada keluarga ku yang berada di Kelantan.. Sejuta keindahan tercipta di sini.. Perkenalan dengan teman teman yang ta pernah dikenali dari setiap pelosok negeri.. Bercampur dan berkongsi segalanya.. Segalanya baru bagiku pada waktu itu.. Ipoh kurasakan asing bagiku sewaktu pertama kali ke sana..

Namun, lama kelamaan segalanya menjadi kebiasaan bagiku.. Panas terik, hujan, ribut petir dan segalanya ku redah demi mendapatkan ilmu pengetahuan.. Segalanya kini tinggal kenangan yang maseh segar dalam ingatan.. Sewaktu melintas jalan ke kampus beramai ramai amat menyeronokkan.. Sejuta warna kehidupan tercipta di sana.. Dulu kurasakan amat lama tempoh tiga tahun untuk aku berada di sana, namun kini segalanya telah berakhir dengan jayanya.. Alhamdulillah.. Syukur pada Mu Ya Allah kerana mempermudahkan segala urusan hamba Mu ini.. Amin.. Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke kampus PUO adalah pada 31 Mei 2011.. Entah bila lagi dapat ku jejakkan kaki ku ke sana.. Mungkin pada hari Konvokesyen aku nanti.. InsyaAllah..

Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi PUO yang telah banyak mencurahkan bakti dan tenaga dalam mendidik aku dan teman teman selama tiga tahun kami bergelar Pelajar JTMK PUO.. Jasa kalian takan pernah kami lupekan.. Terima Kaseh kepada warga Politeknik Ungku Omar.. Semoga diberkati oleh Allah selalu.. Amin.. Sayang Politeknik Ungku Omar.. Terima Kaseh atas segalanya..

Sekian, Wassallam..

1 comment:

Nabila Ariff said...

yer saya pum dari puo. :) Thumbs up.